top of page

ADAT DAN KEBUDAYAAN

 

         

        Adat perkahwinan yang diamalkan di kampung tersebut telah mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Misalnya, pada masa dahulu sebelum majlis perkahwinan berlangsung saudara – mara akan sampai tiga hari sebelum  hari perkahwinan manakala pada masa sekarang mereka akan datang pada hari perkahwinan tersebut disebabkan kekangan masa. Tetapi aktiviti gotong – royong semasa kenduri masih diamalkan dengan membahagikan kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Mengikut penduduk kampung juga, selepas hari perkahwinan pengantin baru tidak dibenarkan untuk tidur pada waktu siang dan adat makan selamat selama tiga hari diamalkan untuk kebaikan pengantin. Disamping itu, tarian nopeng yang ditarikan oleh golongan lelaki diadakan semasa hari perkahwinan untuk menyambut pengantin baru memulakan hidup mereka.

 

         Penduduk kampung juga mempunyai kepercayaan semasa berkebun iaitu mereka percaya bahawa pekebun tidak boleh mengambil hasil buah dan memakannya sambil berjalan kerana dipercayai kebun mereka akan diganggu oleh burung atau serangga perosak. Adat penanaman padi pula dipercayai bahawa tuan tanah haruslah melakukan pembukaan penanaman tersebut sebelum mengarahkan pekerja-pekerjanya melakukan penanaman kerana dianggap membawa semangat padi (meresmikan padi).

bottom of page