KAMPUNG BARU
Kampung Baru terdiri daripada 5500 orang penduduk dan terdapat 983 buah rumah yang telah diduduki. Pada asalnya Kampung Baru terletak di Muara Tuang. Namun, penduduk kampung telah diserang penyakit taun dan menyebabkan berlaku kematian setiap hari. Seluruh penduduk telah bermesyuarat dan membuat keputusan untuk berpindah ke tempat baru dan menamakan kampung tersebut sebagai Kampung Baru. En. Surip Bin Adis merupakan penghulu Kampung Baru dan merangkap ketua masyarakat kampung di situ.
Aktiviti kemasyarakatan yang sering dilakukan oleh penduduk di sekitar itu adalah seperti karnival kesihatan, forum perdana hal ehwal Islam, program korban dan sebagainya. Pada sebelah petang, kanak-kanak dan remaja lazimnya akan bermain bola sepak atau futsal di padang sekolah.