top of page
KAMPUNG MUARA TUANG
Kampung Muara Tuang terletak di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Ia terletak 20.3 kilometer dari bandar Kuching dan mengambil masa selama 29 minit untuk sampai dengan menaiki pacuan empat roda. Nama Muara Tuang berasal daripada faktor geografinya yang berada di muara Sungai Batang Samarahan. Perkataan “Tuang” pula diambil kerana menurut cerita warga emas kampung tersebut, air sungai muaranya seolah-olah keluar mengalir keanak-anak sungai berhampiran. Kampung ini dipimpin oleh penghulu yang bernama Haji Sanyut Shazali Bin Haji Lias. Pada tahun 2008, jumlah penduduk di kampung ini seramai 1068 orang penduduk dan terbahagi kepada 117 buah keluarga.
bottom of page