top of page

ADAT DAN KEBUDAYAAN

 

          Menurut Puan Ana mengenai majlis perkahwinan di Kampung Baru, waktu majlis dijalankan adalah sekitar 8.00 pagi – 11.00 pagi. Penduduk Kampung Baru masih lagi mengamalkan aktiviti bergotong-royong dalam menyediakan menu untuk para tetamu yang hadir. Ketika sesi kajian ini dilakukan, penduduk kampung di situ sedang bergotong-royong menyembelih lembu untuk menyediakan menu utama pada majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada esok harinya.

 

          Keunikan yang kami lihat ketika berada di sana, penduduk kampung sedang membakar kulit lembu untuk dimakan semasa aktiviti gotong-royong dijalankan. Selepas kulit itu dibakar, mereka akan mengikis kulit lembut tersebut kemudian direndamkan. Keakraban silaturahim di antara penduduk dapat dilihat ketika mereka sedang menyediakan bahan masakan. Selain itu, terdapat penduduk kampung masih lagi mengekalkan tradisi perkahwinan seperti ‘belulut’. Belulut bermaksud  pengantin perempuan berhias dengan pelbagai jenis pakaian iaitu 4-5 pasang baju. Menurut Puan Ana, bagi keluarga yang berkemampuan, mereka akan menghidangkan tetamu dengan meenyediakan juadah tengahari manakala keluarga yang kurang berkemampuan pula, mereka akan menghidangkan tetamu dengan juadah kuih-muih.

bottom of page