EKONOMI
Pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama yang terdapat di kampung Tanjung Parang. Penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman nenas, padi huma, buah – buahan, pertenakan kelulut dan aktiviti Industri Kecil Sederhana (IKS). Penduduk kampung melakukan tanaman nenas secara besar – besaran. Selain itu, buah – buahan seperti mangga harum manis ditanam dan hasilnya akan dijual kepada pembekal untuk mendapatkan hasil pendapatan Seterusnya, aktiviti IKS juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi penduduk kampung Tanjung Parang. Majoriti gologan berusia sahaja melakukan aktiviti ini. Produk IKS yang dihasilkan ialah kerepek ubi, kerepek pisang , kerepek keladi dan pelbagai jenis kerepek yang lain. Tambahan pula, hasil pendapatan yang diperolehi dapat meningkatkan ekonomi penduduk kampung Tanjung Parang. Manakala , pertenakan kelulut merupakan aktiviti ekonomi yang menjadi daya tarikan orang luar untuk mengetahui pengurusan dan hasil kelulut tersebut. Hasil madu kelulut ini dijual untuk mendapatkan pendapatan ekonomi mereka.
Selain itu, pertenakan kelulut ini merupakan tarikan dan juga keunikan yang terdapat di Kampung Tanjung Parang. Kelulut juga dikenali sebagai lebah kelulut atau nama sainstifiknya meliponimi iaitu lebah yang tidak bersengat tetapi kelulut ini mampu menghasilkan madu yang sama seperti madu lebah sendiri. Madu kelulut ini mempunyai banyak khasiat berbanding lebah madu. Kelulut menyimpan madu di dalam bekas kecil yang direka sendiri oleh penduduk kampung Tanjung Parang. Mereka menggunakan batang kayu api- api atau nyirih untuk perternakan kelulut ini.
Proses pengambilan madu dilakukan mengikut tahap kematangan dan merujuk jadual yang telah ditetapkan. Cara pengambilan madu kelulut ini masih menggunakan kaedah manual sebagai contoh penduduk kampung ini mengunakan pam susu ibu semasa melakukan proses pengambilan madu.
Madu kelulut berbeza rasa dengan madu lebah kerana madu kelulut rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Namun begitu madu ini berpotensi untuk meningkatkan pendapatan ekonomi penduduk kampung Tanjung Parang. Oleh itu, jelaslah bahawa pertenakan kelulut merupakan aktiviti ekonomi yang terdapat meningkatkan pendapatan ekonomi penduduk kampung tersebut dan aktiviti ini merupakan keunikan yang terdapat di kampung Tanjung Parang ini.