top of page

EKONOMI

 

 

          Majoriti penduduk kampung menjawat jawatan dalam agensi kerajaan, swasta dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di sekitar kampung. Dahulunya, mereka hanya mengusahakan pertanian dan perikanan sebagai sumber hidup yang utama tetapi kini hanya segelintir sahaja yang masih mengusahakan tanaman kelapa sawit, padi dan nenas secara kecil-kecilan serta menangkap udang galah dan ikan (terutamanya ikan duri) untuk kegunaan sendiri. Hasil nenas yang diusahakan diagihkan kepada pelanggan tetap yang berurusan dengan penghasil nenas di Kg. Pinang. Urusan ini terbahagi kepada dua cara iaitu pelanggan tersebut ambilnya sendiri daripada pengusaha ataupun pengusaha menghantarkan kepada pelanggannya. Disamping itu, penduduk kampung juga mendapat dividen 2 kali setahun daripada hasil tanaman kelapa sawit Kg. Pinang yang diusahakan oleh FELDA.

bottom of page