INFRASTRUKTUR
Kampung Tanjung Parang ditubuhkan pada tahun 1940-an. Pada ketika itu, nama Kampung Tanjung Parang dikenali sebagai Kampung Hulu Separang. Kampung tersebut terletak berdekatan dengan tanjung. Kampung Tanjung Parang terletak di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Keadaan kampungnya yang begitu indah dengan suasana desa yang permai. Kampung ini dipenuhi dengan hasil pertanian penduduk kampung seperti kelapa sawit, tanaman pisang, ubi, betik, jagung, kelapa dan padi padi huma.
Sejarah kampung Tanjung Parang menurut cerita dari turun-temurun , nama Ulu Separang berasal daripada peristiwa yang berlaku pada suatu ketika iaitu terdapat dua orang pahlawan yang kuat dan hebat berlawan dengan kuasa lanun yang ingin mengambil kuasa di pusat itu. Mereka saling berlawan antara satu sama lain. Pengakhirannya, lanun-lanun tersebut telah mati ditewaskan oleh dua orang pahlawan yang handal tersebut. Bersama-sama parang yang digunakan oleh pahlawan tadi telah diikat dan dibuang ke dalam sungai tersebut. Akhirnya daripada peristiwa itu, tertubuhlah kampung yang diberi nama Hulu Separang dan telah ditranformasikan nama kampung tersebut sebagai Kampung Tanjung Parang kerana lokasinya yang terletak di tanjung Muara Tuang.