PENTADBIRAN
Haji Ali bin Odik merupakan Ketua Masyarakat dan Penghulu bagi Kampung Tanjung Parang. Beliau juga merupakan Ketua Jabatan Kuasa Kampung (JKKK) dan Pengerusi Koperasi Kampung Tanjung Parang. Kampung Tanjung Parang terletak dibawah Dewan Undangan Negeri 14 Asajaya, Daerah Samarahan. Selain itu, Kampung tersebut juga dibawah Parlimen P-197 Daerah Samarahan.
Tambahanan pula, Kampung Tanjung Parang terbahagi kepada enam blok yang mempunyai logo atau simbol masing-masing. Sebagai contoh, simbol limau manis, mangga, pisang, kelapa dan sebagainya. Namun begitu, pentadbiran Kampung Tanjung Parang ini mengalami sedikit kelumpuhan berbanding kampung yang lain. Walau bagaimana pun, kampung ini dalam proses pembangunan dari segi ekonomi dan pentadbiran. Segala rancangan dalam proses naik taraf seperti pembinaan masjid, dewan, rumah tumpangan dan galeri untuk kampung tersebut.