top of page

PENTADBIRAN

        

        Kampung ini ditadbir oleh seorang ketua iaitu Haji Sanyut Shazali bin Haji Lias yang juga dikenali sebgai  penghulu dan dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa di bawahnya.  Penduduk yang menetap di kampung ini adalah daripada Melayu Sarawak dan Melayu Melanau. Bagi penduduk kampung ini, perancangan yang sistematik akan diatur dalam melakukan sesuatu majlis. Pentadbiran oleh ahli tertinggi dan kerjasama antara penduduk dapat menjalinkan hubugan baik antara penduduk dan sentiasa mendapat perhatian daripada  masyarakat luar. Kg. Muara Tuang ini juga diiktiraf sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN)  oleh yang berhormat Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud. Fasiliti yang diperoleh daripada sumbangan menteri sekaligus telah menaikkan nama kampung tersebut sebagai kampung yang mempunyai banyak kemudahan. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti masjid, tandas awam, taman permainan, padang bola, taman rekreasi dan merupakan sebuah kampung tanpa wayar. 

bottom of page