top of page

PENTADBIRAN

 

 

        Menurut Tuan Haji Semawi bin Haji Sulong sebagai penghulu Kg. Pinang, terdapat sebanyak hampir 300 buah rumah dan dianggarkan seramai 1,800 orang penduduk yang terdiri daripada 100% masyarakat Islam. Kampung tersebut mempunyai pentadbiran yang sistematik dengan mewujudkan zon-zon sekitar kampung itu. Terdapat 11 zon di kampung itu dan setiap zon tersebut mempunyai seorang ketua yang dilantik oleh penghulu kampung untuk mengawal serta menyampaikan maklumat kepada penduduk kampung di zon masing-masing. Sekiranya terdapat aktiviti dan majlis di kampung tersebut, ketua zon dan penghulu kampung akan mengadakan mesyuarat serta mengumumkan berita tersebut kepada penduduk zon masing-masing. Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) mengetuai semua aktiviti yang dijalankan di kampung tersebut dan beberapa badan telah ditubuhkan sebagai kebajikan penduduk kampung seperti Bina Insan, Bestari 1Malaysia dan Rela.

bottom of page