top of page

PERNIAGAAN 

 

         

        Penduduk kampung baru boleh dikatakan aktif dalam bidang perniagaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan penduduk di situ menjalankan perniagaan sendiri iaitu berniaga secara runcit. Mereka menjalankan perniagaan di rumah sendiri untuk menjana pendapatan seharian. Puan Ana sendiri turut menjalankan perniagaan dengan membuka perkhidmatan gunting rambut. Puan Ana memberikan nama kedai tersebut sebagai “Aina Hairdressing Saloon”. Seterusnya, dari segi ekonomi pula sebanyak 70 peratus penduduk kampung yang bekerja di bawah sektor kerajaan manakala 30 peratus lagi bekerja sebagai petani, nelayan dan berkebun. Antara tanaman yang terdapat di sini seperti jagung, limau manis, manggis dan pisang.

 

         Suatu perkara yang menarik berkenaan kampung tersebut adalah aktiviti penternakan burung walid. Menurut En. Zambiah, rumah tersebut dibina untuk menarik burung walid masuk ke bangunan tersebut untuk membuat sarang. Kemudian, sarang tersebut akan diproses dan dijual pada harga RM 500 – RM 1000. Namun bangunan burung walid tersebut dimiliki oleh orang Cina. Khasiat sarang burung boleh mengubat penyakit penafasan, menguatkan jantung, anti-penuaan, menggalakkan peredaran darah yang baik, memperbaiki saluran pencernaan dan pelbagai lagi khasiatnya.

bottom of page